Selaras dengan desakan global terhadap tindakan iklim, organisasi dari pelbagai sektor kini berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk mengurus dan melaporkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) secara telus. Sama ada didorong oleh keperluan pematuhan, desakan dari berkepentingan, atau komitmen iklim sukarela, perakaunan dan pelaporan GHG yang berkesan telah menjadi asas penting dalam strategi kelestarian masa kini.
Masterkelas ini akan melekapi peserta dengan pengetahuan praktikal dan kecekapan untuk membangunkan serta mengurus inventori pelepasan GHG, merangkumi pelepasan langsung (Skop 1 dan 2) serta tidak langsung (Skop 3) di sepanjang rantaian nilai. Masterkelas ini mengintegrasikan piawaian antarabangsa, rangka kerja pelaporan pematuhan dan sukarela, serta pendekatan untuk mengumpul, melapor dan mengesahkan data, dan analisis ketidakpastian.
Peserta akan memahami secara menyeluruh 15 kategori pelepasan GHG Skop 3, mempelajari kaedah untuk menetapkan sempadan pelaporan dan sasaran pengurangan karbon yang sesuai, serta meneroka implikasi Carbon Border Adjustment Mechanism(CBAM) oleh EU dan halatuju global dalam penetapan harga karbon. Dengan pemahaman ini, peserta akan dapat membuat keputusan yangdisokong oleh maklumat saintifik, menetapkan sasaran pengurangan pelepasan karbon, meningkatkan prestasi operasi dan memperkukuh ketelusan dalam pelaporan berkaitan iklim.
Kursus ini sesuai untuk golongan profesional yang terlibat dalam bidang kelestarian korporat, pelaporan ESG, pematuhan, pengurusan rantaian bekalan dan pembangunan strategi alam sekitar dalam sektor awam mahupun swasta.
Prasyarat:
Tiada prasyarat untuk menyertai kursus ini
Masa Pembelajaran:
24 jam (8 Jam x 3 hari)
Kredit CICPD:
12
Tahap:
Asas
Kredential:
Sijil Kecekapan Kemahiran
• Memahami kepentingan inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) serta peranannya dalam penambahbaikan operasi dan pelaporan organisasi.
• Mengetahui protokol asas, metodologi pengukuran, dan proses pelaporan GHG
• Mengumpul, mengukur, melapor dan menerbitkan laporan pelepasan GHG.
• Membezakan antara keperluan pelaporan kawal selia dan pelaporan secara sukarela dalam konteks piawaian dan pematuhan.
• Menetapkan garis asas dan matlamat untuk perakaunan dan pelaporan.
• Menilai ketidakpastian dalam pelaporan dan inventori GHG.
• Membezakan antara pelepasan GHG Skop 1, Skop 2 dan Skop 3
• Memahami kepentingan pelaporan pelepasan skop 3 dan 15 kategorinya dalam pelaporan.
• Memahami cara untuk menentukan dan mengukur pelepasan dalam Skop 3.
• Memahami penetapan sempadan organisasi dan sempadan sasaran serta implikasi pilihan sempadan terhadap ketepatan dan keberkesanan pelaporan.

